Percaya - 2 Dunia

Apa yang membuatkan kita percaya, boleh kongsi?

Dunia 1
Di TFTN kami bergerak secara sukarela. Kadang-kadang volunteer kami tidak ada kenderaan. Bila tiba waktu untuk bergerak mereka akan cakap, boleh tak pick up kami di tempat sekian-sekian-sekian. Volunteer yang ada kenderaan akan cakap OK boleh ambik di tempat berikut pada waktu berikut. Kemudian kami akan naik kenderaan bersama-sama dan bersembang bagaikan sudah lama kenal. Padahal tidak pernah bersua muka pun sebelum ini.

Dunia 2
Saya bekerja di tempat yang agak remote. Masih kekal dengan ciri-ciri tradisional Melayu dan budaya Melayu, InsyaAllah. Buktinya, kalau tak tutup pagar rumah sepanjang hari pun tidak mengapa. InsyaAllah selamat. Pagi tadi saya nampak beberapa orang pelajar yang sedang menunggu di tepi jalan. Saya tahu tempat tujuan mereka sama seperti mana yang saya mahu pergi. Tempat kerja saya juga tu. Jadi saya pun memberhentikan kenderaan di tepi jalan dan menawarkan khidmat jika mereka mahu naik kereta bersama. Pagi, belum pun jam 8.00 pagi. Saya concern mereka lewat masuk kelas. Tetapi ini jawapan mereka, "tak apalah."

Saya jawab, "oh OK", dan terus berlalu pergi sambil mendengar zikir terapi Hafiz Hamidun.


Percaya. Apa yang membuat kita percaya, apa yang menghalang untuk kita tidak percaya?

(Bincangkan, hahaha. Confuse sekejap dengan kejadian pagi tadi. Adakah saya berwajah kriminal?)


Comments

atikah ramly said…
This comment has been removed by the author.
atikah ramly said…
mungkin mereka mengambil sikap berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali...mungkin
ieka said…
mereka ada secret admirer yang dinanti.. hiihihi

mungkin kena bertanya dahulu mahu ke mana. sebab mungkin mereka ada niat ke tempat lain. atau mungkin memberitahu mereka 'saya mahu ke sini sini, kalau mahu tumpang sekali marilah'..

kalau mereka tolak juga, Alhamdulillah. Malaikat Allah sudah catit pahala kebajikan utk awak juga, inshaAllah :-)
ASaL said…
La Kuchi - setuju :)

ieka - setuju :) thanx for the soothing words.

pahala, andai kita boleh nampak (atau seperti emas) sudah tentu manusia akan berebut-rebut mendapatkannya.
Harith said…
Huhu, mungkin saya juga tergolong dalam kalangan pelejar tu >.<

Sering kali juga jiran-jiran berhenti mempelawa untuk menumpangkan ke sesebuah destinasi. Menjadi kelaziman, lidah akan 'terautomatic' menolak pelawaan tersebut. Huhu.

Kecuali, mereka betul-betul insist untuk menumpangkan. Tu pun lepas 3-4 kali.

Mungkin disebabkan rasa serba salah, walaupun kemudian kita sedar, mereka betul-betul mahu menumpangkan kita.
ASaL said…
Mereka (yang mengajak tumpang) benar mahu berbakti, tetapi hakikatnya mereka sedang praktis rasa bersyukur. Jika benar kami bersyukur di atas kurniaan kenderaan ini, sepatutnya ia digunakan untuk memudahkan orang lain juga.

Tentu dengan syarat, kita percaya dan meletakkan sepenuh tawakal kepada Allah.

:)

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK