Disebalik NAMA

Nama adalah adalah permulaan jati diri. Kalau mahu tahu bagaimana mempertahankan jati diri yang menjadikan kita - kita ini, mungkin langkah paling mudah dan terkini adalah menonton X-MEN yang baru, filem terakhir untuk siri trilogi X-MEN (saya tak tengok lagi, tapi dah tengok previu untuk openning night).
Terpanggil untuk entri ini kerana rakan sekerja mengesahkan penyertaan peserta dari Iran, secara sinis beliau menyuruh saya berpakaian (dengan memberi isyarat seperti menutup muka). Saya senyum sedikit sinis, tentunya beliau tidak perasan itu.
Kita memberi presepsi yang berbeza - beza, dengan maklumat yang kita ada dan faham mengenainya. Apa ada dengan Iran? Saya melihat Iran sebagai sebuah negara yang banyak negara lain perlu belajar darinya - berani, lantang, bersatu, penuh jati diri, ya penuh jati diri. Punya seorang Presiden, sangat berani. 'Dia', Iran sendiri, tidak pernah dilihat untuk dikaitkan dengan budaya Barat, Timur, Timur Jauh. Iran adalah Iran, susur galurnya Parsi. Ia sebuah negara bebas dan merdeka. Mereka punya pasukan di pertandingan Piala Dunia di Jerman 2006 nanti. Mereka juga sering menang juga pertandingan musabaqah Al Quran di Malaysia. Anda boleh meneka nama seorang lelaki Iran, banyaknya yang bernama Ali. Ali Karimi, Ali Daei, 2 orang ini 'bintang' bola sepak mereka. Bintang bukan sekadar bintang kampungan, bintang mereka adalah pemain di Budes Liga Jerman. Ali Asghar, Ali Akhbar, memang, banyak nama Ali. Jika di Iran, di stadium mereka terpampang gambar ulama berserban hitam, lengkap berjubah panjang di 'billboard'. Jika berpeluang melihat filem - filem Iran, kita segera lihat gambarannya. Sama juga bila kita melihat filem - filem dari Korea, Jepun, Filipina, mereka punya tanda pengenalan sendiri.
Saya tak tahu apa rakan saya fikirkan mengenai Iran lantas dia memberikan isyarat sedemikian. Walau isyarat rakan saya sedikit sinis, tapi tetap saya pandang satu isyarat yang baik. Mungkin dia bermaksud, depan peserta Iran saya perlu berpakaian paling sopan, mungkin kena pakai purdah agaknya.
Kemudian saya terfikir, apa mungkin saya punya kesempatan untuk keluar negara, bagaimana pula isyarat yang akan diberikan mereka bila mereka tahu saya dari Malaysia? Jika mereka kurang membaca dan kurang maklumat tentang Malaysia, dan kalau-kalau mereka juga mengaitkan saya dengan filem-filem dari Malaysia? Bagaimana reaksi mereka? Adakah mereka segera membayangkan perempuan bertudung, tapi pada masa yang sama memakai baju ultra ketat, hingga terlihat apa yang terlihat?
(Nauzubillah, malunya kalau sebegitu).
Dalam diam saya bertanya, Malaysia ini apakah?

Comments

Anonymous said…
Salam hormat buat saudara.

Satu pandangan yang natural, yang pasti IRAN ada JATI DIRI sendiri.
ASaL said…
kat mana lagi boleh jumpa Presiden berjubah dan berserban tengok bola kat stadium

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK