Sound of Music


Cerita Sound of Music, besar pengaruhnya pada awal perkembangan minat pada muzik dan 'performing arts', walaupun bukan selalu buat persembahan di depan khalayak. Lama sebelum dapat tengok cerita yang sangat terkenal ni, lagu Do A Deer A Female Deer, di dengar pertama kali tak silap di tahun 1 atau 2 di sekolah rendah. Kelas masa tu adalah pusat untuk mencari 'talent' untuk persembahan akhir tahun sempena hari penyampaian hadiah. Terasa teringin benar nak jadi salah seorang peserta dalam persembahan tu. Walau telah di 'audition' nampak benar yang kita ni tak ada bakat dalam bidang persembahan. Tekadnya cuma satu, ingin naik lagi ke atas pentas di hari kebesaran terbesar sekolah waktu itu. Jika tidak berdasarkan kecemerlangan pelajaran, apalah salahnya dapat beraksi di atas pentas. Untuk dapat menjejak kaki ke dewan serbaguna adalah satu kebanggaan sebenarnya, lebih-lebih lagi sebagai penerima hadiah. Walaupun untuk menjadi seorang yang beraksi di atas pentas sangat kontradik dengan kehendak diri kerana masih lagi terikat dengan stigma - muzik tidak dibenarkan kepada orang Islam, tapi semangat nak naik atas pentas tu sangat meluap, sehingga dapat meletakkan jauh - jauh apa yang pernah dipercayai selama ini. Satu lagi penguat, sebab terasa diri mungkin tidak berkesempatan untuk jadi penerima hadiah pada tahun itu. Langkah singkat, jadi salah orang dari peserta persembahan! Tapi, tak dapat! Dah tahu dah.
Bila berpeluang untuk menonton versi filemnya, barulah faham keseronokkan yang ada dalam cerita muzikal ini. Disebab sambutan hari guru masih terasa bahangnya, cerita Sound of Music ini tentang cikgu juga. Sang pengasuh yang mengajar nota muzik, dan mengajar anak-anak asuhannya bagaimana untuk menyanyi, dan menyanyi dengan harmoni.
Kelmarin saya tonton semula cerita lama ini yang tidak pernah hilang warna cerianya. Kawan saya kata, kalau dia menonton cerita ini, dia akan segera 'skip' bahagian nyanyian, dan fokus pada cerita. Saya pula 'skip' pada cerita, sebaliknya tumpu pada setiap nyanyian. Barangkali saya pernah berangan untuk jadi Fraullien Maria, membawa kegembiraan pada semua dengan gema suara (macam la suara sedap). Tiada salahnya seni suara ini. Banyak juga pendakwah yang menggunakan senjata suara untuk menyampaikan mesej, terutama untuk menarik minat kanak - kanak, seperti Yusuf Islam Zain Bikha dan Dawud Warsnby Ali.
Kalimah pertama yang diterima Nabi juga melalui gema suara. Kerana suara dihasilkan melalui gelombang. Gelombang terhasil dari satu sumber tenaga mekanikal. Barangkali deria dengar adalah paling cepat dirangsang, dan paling lambat meninggalkan ingatan terhadapnya. Kalau kenang kembali gelombang pertama diterima Nabi, 'Bacalah, dengan nama TuhanMu yang menjadikan, yang menjadikan manusia dari Alaq'. Jika kita refleks, seperti seketul batu yang kecil dicampakkan disebuah tasik yang tenang, gelombang kecil akan menjadi besar, dan makin besar sehinggalah dia lenyap sendiri. Oh! Tinggalkan dulu pasal prinsip Fizik gelombang. Saya nak cerita pasal hal lain sebenarnya.
Sebenarnya kita juga boleh mejadikan hidup kita sekali sekala sebagai pentas muzik muzikal. Rasanya cita-cita untuk jadi Maria sudah tercapai lama dulu, cuma baru-baru ni sahaja teringat. Sebelum menamatkan tingkatan 5, saya berpeluang belajar satu lagu mengenai guru dari adik junior yang menyertai kumpulan koir sekolah. Hampir setiap hari saya mempelajarinya dan menghafal bait-bait lirik. Memandangkan sejarah lampau di sekolah rendah yang menyaksikan kegagalan menempatkan diri dalam persembahan, boleh juga dikatakan 'tone deaf', saya belajar juga kerana lagu itu liriknya sangat bermakna, terutama di rangkap terakhir yang memang saya mahu tujukan kepada guru-guru yang mengajar kami.
Sebelum kelas berakhir, saya melobi rakan2 perempuan untuk belajar menyanyi dan menyanyi bersama,. Saya berikan idea untuk menulis bait2 lirik, kemudian tandatangan dari setiap rakan sekelas, kemudian serahkannya pada setiap cikgu yang mengajar kami. Saya tak berapa pasti sama ada kami sendiri yang menawar diri untuk menyanyi, atau ada permintaan dari cikgu sendiri untuk mendengar nyanyian kami. Bayangkan dengan semua pelajar lelaki yang tidak pernah mendengar lagu tersebut, dan saya cuma berkesempatan mengajar beberapa kawan perempuan menyanyi, dengan selambanya kami menyanyi, walau pelajar lelaki sekadar membuka mulut memberi sokongan. Nak tak nak, saya terpaksa kuatkan juga suara untuk 'guide' rakan2 yang lain supaya tidak off key.
Ada benarnya gelombang akan beri kesan, meski sumbang, tapi ikhlas. Saya masih ingat bagaimana terkenang air dikelopak mata Cikgu Biologi kami, merangkap Cikgu Disiplin yang sangat terkenal garangnya di sekolah, sewaktu kami dengan bersemangat menyanyikan lagu tersebut. Juga cikgu2 yang lain, Cikgu BM, Cikgu Matematik, Cikgu Matematik Tambahan. Cikgu Fizik yang tidak mahu mendengar kerana dia sendiri takut tidak dapat menahan perasaan, Cikgu Kimia suami cikgu Fizik yang sangat sporting, sama-sama menyanyi pula dengan kami di tengah2 sekolah dihadapan Taman Astakona. Saya benar2 telah menjadi Fraullien Maria tika itu.
Untuk semua cikgu, saya imbas kembali kenangan lagu yang saya ingat melalui ingatan gelombang, bukan dari ingatan visual. Juga untuk rakan saya Cikgu F, seikhlas 'salute' saya kerana mengorbankan waktu rehat yang selalu sedikit, untuk mengajar anak bangsa yang memerlukan bantuannya. Pengorbanan anda, tiada duanya.
Jasamu kan dikenang, disanjung dan dipuja
Walaupun di mana, kau tetap mulia
Namamu sungguh harum, bagai sekuntum bunga
Jasa baktimu disanjung dipuja
Andai dikau berada jauh di mana
Jasamu kuingat
Andai dimana tidak dilupa
Hingga akhir hayat
Pada Tuhan yang Esa, kami pohonkan doa
Agar sejahtera, selama-lamanya

Comments

nazara said…
Mna nk cari melodi lagu ni?

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK