Asal: cuba nak komen buku orang

2 kesalan. Novel yang nipis, RM19.00 untuk 236 muka surat berisi teks untuk menceritakan satu kembara peniup Ney dan pembukaan yang sangat bersahaja. Mahu apakah Faisal ini?
Sama seperti sebuah kembara dan sorotan yang ingin diungkapkan - muzik, Faisal sekali lagi mencengangkan peminat sastera ke satu tahap yang mengkagumkan.
Kembara, seperti mana mulanya, adalah satu perjalanan yang sangat hambar. Segalanya akan bermula dengan warna - warna yang sangat suram dan kelam, perlahan - lahan menjadi satu perjalanan yang berubah, berubah warna dan tonasi. Kadangkala garang, kadangkala mendatar. Semua, selalu tidak terduga.
Seolah sebagai seorang maestro, mengubah muzik yang berkesinambungan bagai sebuah cerita, Faisal mengolah Advencer Si Peniup Ney dengan bentuk yang lebih luas, barangkali tidak sangat meluas. Bagi saya, ia bagai patut - patut sahaja bagi mereka yang berkecenderungan pada muzik pada awal naratif cerita, tetapi berubah sebagai sebuah khazanah ilmu muzik yang pernah tertanam di dasar lautan yang paling dalam, kemudian, Faisal mengeluarkannya.
Barangkali Faisal sendiri tidak mahu orang berkiblat kepada dirinya dalam soal hukum muzik secara total, sesuatu yang sangat sensitif di dunia Fekah. Namun adalah tidak keterlaluan Advencer Si Peniup Ney akan menjadi satu lonjakan paradigma bagi mereka yang berkecenderungan seni, tetapi terasa terhambat dengan kongkongan stigma agama yang masih tebal. Tentunya, sebagai alternatif/sumber untuk mencari hukum sebenar aliran muzik itu.
Kata saya pada rakan, dunia sastera Malaysia kelihatan sangat kering kerana keterikatan mereka menghujah kebejatan yang berlaku di dalam negara, dan hanya mengangkat soal-soal sosial semata. Dengan itu, banyak karya yang diangkat untuk menang anugerah sastera, dimenangi mereka yang membawa pembaca luar dari Malaysia, dan menghayati warna hidup di negeri orang. Masih persoalannya tetap lokal untuk nampak dekat dengan pembaca. Ramai yang berbakat, tapi tidak ramai yang cukup berani, mungkin! Tapi Faisal dalam Advencer Si Peniup Neynya membawa kembara ke negeri yang lebih seni - multidimensi, tapi tentu sahaja tidak mustahil dalam latar yang diwujudkan dalam imaginasi.
Faisal dalam novel ini, juga dalam karya 1511, 1515 (Kombat) kembali mengambil anak muda sebagai watak utama, menunjukkan potensi yang ada dalam anak muda remaja. Sayangnya, remaja, tidak ramai yang mahu dekat dengan dunia sastera, jika tidak mereka tentu tersentak dengan pedasnya rasa membaca novel ini. Juga kembali akan menilai diri.
Advencer Si Peniup Ney, bukanlah advencer keriangan. Ia penuh khazanah, penuh isi yang mampu mendesak pembaca kritis untuk mencari fakta yang ada kepada sumbernya yang asli, bukan setakat melalui Faisal Tehrani ini. Pada satu-satu masa, pembaca akan tenggelam bersama Ustaz Sulaiman dan ketika itu juga dalam masa yang kadang - kadang tepat, Faisal mengingatkan ini cuma sebuah cerita yang diceritakan dari seorang narator atau penglipur lara. Pada ketika itu pembaca akan kembali meletakkan diri pada posisi yang sebenar, tapi pantas juga pembaca akan hanyut di dalam dunia Ustaz Sulaiman kembali.
Barangkali, kali ini Faisal mencuba gerak komedi dalam selang perbahasan yang semakin 'intense' dan mampu mengundang tawa. Penceritaan yang sangat kotemporori membawa pembaca tidak sukar menyediakan latarnya di dalam minda. Tentu sekali gabungan khazanah Al Quran yang semakin hari nampak sebagai signature Faisal dalam karya - karya mutakhir.
Untuk mengulas segala - galanya tentang Advencer Si Peniup Ney, hanya sahaja mengurangkan ghairah untuk mengalami sendiri advencernya. Hanya satu, barangkali Faisal Tehrani sudah menjadi lokek, pengalamannya mengecapi nikmat souti sarmad tidak dapat disertakan dalam buah tangannya yang sangat bernilai ini. Mungkin satu hari karya cetakan dapat digabungkan dengan audio dan visual, adakah Faisal akan mula berkongsi?
Buntungnya Faisal, kerana dia bersendiri. Idea atau hipotesis yang mungkin benar untuk semua, muzik untuk cinta dapat dihadirkan dalam realiti menjadi terhenti hanya dalam cetakan sebanyak 236 halaman. Itu sahaja. Adakah souti sarmad dapat dinikmati marhain? Atau mungkin sahaja dapat menyelamatkan remaja kita, siapakah pula yang ingin menyambung peranan Ustaz Sulaiman dalam dunia realiti?

Asal Sulaiman (wadikita.blogspot.com)

Comments

Anonymous said…
I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK