Ilmu itu adalah Cahaya

(cahaya akan bertemu cahaya, dan mereka yang diberi cahaya akan menemui jalan ilmu)
Dia adalah Doktor Konkrit. Pangkatnya doktor, doktornya bukan mengubat orang sakit, doktornya merawat konkrit sakit, atau untuk mendapatkan konkrit yang cemerlang kualiti, kos yang murah dan berpatutan, atau mungkin sahaja dari sumber-sumber tempatan. Datangnya di celah doktor-doktor, igeniur-igeniur, perantis-perantis, juruteknik-juruteknik ~ tanah dan geoteknik. Antara konkrit dan tanah, jurangnya amat besar.
Datangnya, datang orang yang hendak menuntut ilmu. Dia adalah Pak Pandir, maka maafkanlah cara Pak Pandir bertanya - katanya. Soalannya, soalan yang lucu... namun yang gelak sebenarnya dungu yang berselindung di sebalik nama arif dalam bidang tanah. Yang doktor, berlagak dungu, yang dungu berlagak menjadi doktor.
Dia bukan Pak Pandir, dia adalah Pak Dogo. Dalam bait lirik lagu M Nasir, 'lagak bodoh tapi bersengat' ~ tentunya dia bersengat, tapi sengatnya disembunyikan. Kalau peribahasa, yang tepat baginya tentulah, ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi.
Dia sepatutnya menjadi ikon, ikon kepada orang yang mencari ilmu. Gelar doktor hanyalah pada transkrip dan sijil, bukan pada sifat seorang manusia dan hamba. Arif dalam sesuatu, bukan arif dalam semua waktu. Boleh sahaja dia tidak mengikuti, bercampur dengan mereka yang tersangka pandai dalam sesuatu ~ maka pandirnya tidak akan terserlah. Kerana juga kemampuan intelektualnya memungkinkan dia belajar sendiri-sendiri. Namun benarlah, cahaya hanya akan lebih terang dari sumbernya. Barangkali dia mahu berdiri dihadapan sumber cahaya, yang lain tidak akan memperolehi melainkan biasan cahaya yang kurang terang. Saya, bertuah, kerana dapat berdiri bersebelahan dengannya, dihadapan sumber cahaya, walaupun pangkat saya lebih rendah, dari operator sebuah mesin tanah!

Comments

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

tanya sama POKOK