rasanya
aku sudah tahu
derita si muda
dihimpit dunia jahil
berjalan atas aturan
kuasa akan berkuasa
pengaruh akan berpengaruh
dunia jangan ditentang
untuk selamatkan
tenggorok haus
perut minta diisi
pakaian perlu diganti
tapi aku
bukan meminta senang
untuk hidup
kerana aku hanya mahu
menjadi wakil Tuhan
meski menentang arus
dan derita
berpanjangan
aku memilih
untuk tidak
menjadi bacul
dan pelacur
pada jahil muraqqab!
aku sudah tahu
derita si muda
dihimpit dunia jahil
berjalan atas aturan
kuasa akan berkuasa
pengaruh akan berpengaruh
dunia jangan ditentang
untuk selamatkan
tenggorok haus
perut minta diisi
pakaian perlu diganti
tapi aku
bukan meminta senang
untuk hidup
kerana aku hanya mahu
menjadi wakil Tuhan
meski menentang arus
dan derita
berpanjangan
aku memilih
untuk tidak
menjadi bacul
dan pelacur
pada jahil muraqqab!
Comments