aku mahu saksi

Juang
tuntut pengorbanan
korban
juang
aku tidak tahu

tapi malam
direnggut sendu
membunyikan genta
bersambung-sambung
dalam marak membakar
darah yang mahu tumpah

mahu menyaksi
seperti Nabi
lalu relakanlah
leher digoyok
di hujung pedang bapa

aku saksi
lalu percaya
bukankah kau Imam?

buka tutup mata
aku rela

buang baju
jangan sampai jadi sendu ibu

tajamkan pisau
agar cepat pergi
tanpa sempat
melukakan sukma

buka tutup mata
agar aku jadi saksi
penyerahanmu
menyerahkanku
kerana kita
sama-sama menyerah

buka tutup mata
aku ingin lihat kamu
dan menyaksi
kamu lihat aku
tunduk menyerah

buka tutup mata
di tempat letak tenggorok
agar bisa dilihat tanah itu
yang menyambut kepala

hanya itu bekal
sang penyaksi

letak pisau belati
di kulit leher
benam
putuskan merih

di hujung
aku bernafas
Hu!

Comments

Nur said…
Salam,

ehm, tinggi bebno sastera mu kali ini kak, idok ku paham....
Cikli said…
gak bila nak habis cerita david dan goliath ni, iklan banyak dooh.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang