Muda berjaya
Yang muda dan berjaya, siapa pilihan anda?
Saya memilih Pep Guardiola, pengurus dari Camp Nou, kelab bolasepak Barcelona dari Sepanyol untuk musim 2008/09 ini. Dalam akhbar STAR menulis, petikan kata-kata Guardiola yang menjadi inspirasi,
“The greatest risk is not taking risk at all”. (lebih kurang)
Untuk orang seperti saya yang tidak akan memihak Manchester United, Barcelona adalah pasukan paling sesuai untuk disokong untuk perlawanan akhir Piala Liga-liga di Roma Italy. Ya personal, begitulah. The enemy of my enemy is a friend. Barcelona definitely a friend.
Guardiola belum pun masuk 40 tahun. Secara relatif dia lebih muda berbanding pengurus yang lebih matang, berpengalaman dan menempa banyak kejayaan. Berbanding dengan Sir Alex Furgeson, membandingkan dengan Guss Hiddink, Louis Felipe Scolari, Arsene Wenger, Juergen Klinsman, Jose Marinho dan ramai lagi, Guardiola jauh lebih muda.
Apa yang telah Guardiola lakukan? Dia telah membawa pulang piala Juara Liga di Sepanyol mengalahkan lawan yang lebih terampil yang diuji dari segi kemahsyuran dan rekod, Real Madrid. Dia telah membawa piala Champions League mengalahkan Manchester United 2-0. Telah membawa pulang piala Copa yang hanya ditaruhkan di Sepanyol. Tiga piala, trebel untuk musim yang mengkagumkan. Dan lebih penting, dia telah memberi peluang kepada Tierry Henry menambah koleksi peribadi kemenangan dalam perlawanan sangat penting, yang tidak pernah dirasai sebelum ini di Arsenal, iaitu piala Juara Liga-Liga.
Menjadi pengurus yang berjaya memerlukan kepintaran dan daya percaturan yang luar biasa. Bolasepak memerlukan lebih dari itu. Kemahiran teknikal salah satu dari antaranya. Menimbang kelebihan, kekuatan dan kelemahan pemain adalah antara bakat lain yang perlu. Perancangan dan memanipulasi kekuatan dan kelemahan pemain lawan juga adalah antara kemahiran yang mesti ada. Dengan bentuk industri bolasepak yang semakin kompleks, pengurus sebuah kelab lebih-lebih lagi yang ternama dan hebat memerlukan lebih dari apa yang boleh difikirkan.
Di tangan Guardiola, dia mempunyai sebarisan pemain yang paling hebat di planet Bumi. Barcelona mempunyai Messi, Eto’o dan Tierry Henry. Sembilan puluh minit di Roma, perbandingan antara Messi dan Ronaldo untuk siapa lebih hebat telah terjawab. Messi si cilik yang tidak mempunyai susuk yang sempurna sebagai pemain bolasepak, telah menonjolkan keupayaan melampau apa yang mereka katakana hanya dapat dicapai dengan mempunyai tubuh yang ideal. Bagi saya, Messi seperti Nopalean Bonaparte, kecil tetapi penuh keazaman. Kecil tetap menggegar lawan. Jangan lupa Edwin Van De Sar telah tumpas dengan tandukan si cilik yang banyak helah ini.
Mempunyai pemain-pemain yang hebat tidak mencukupi, sebuah pasukan perlu mempunyai think tank yang superb seperti Pep Guardiola.
Dalam bolasepak, pengurus telah menjadi sama penting dengan pemain. Malah aspek paling
penting dalam menentukan kejuaraan. Kalau tidak kita tidak akan menyaksi pengurus Chelsea ditukar berkali-kali.
Saya lama sudah tidak ambil peduli dengan bola sepak. Tapi pencapaian Barcelona terlalu hebat untuk didiamkan (betul hanya samata untuk menyakiti penyokong MU), walau sudah hampir seminggu berlalu.
Musim panas ini amat penting. Samada Ronaldo akan berpindah ke Real Madrid atau tidak ke kita akan saksikan juga nanti. Jika Ronaldo berpindah, kemungkinan besar tempat yang kosong di Manchester United akan diisi oleh Kaka atau Ribery? Oh tidak, janganlah sampai Ribery ke MU meski mereka menawarkan jersi nombor 7 Red Devil. Mungkin juga Csec Febragas kapten Arsenal memakan umpan untuk berhijrah ke Sepanyol? Ini adalah musim panas yang penuh debaran!
Walau apa, pesan Pep Guardiola menjadi gema dalam sukma dan dalam banyak ketika saya percaya ada banyak benarnya;
“The greatest risk is not taking risk at all”. To all my phd friends, juang jangan lelah!

Comments
takpe.. dah biase dah.. konon la, 2006: Arsenal VS Barca -X de la hgt mane, Arsenal kalah 2-1, 2007: Milan vs Liverpool -pun x da la hangat mane(Milan menang), tapi 2008: Man Utd vs Chelsea, mmg hangat sbb man utd dgn fan base yg besar, x perlu la nk celen fan len.. sbb tyme tu support chelsea dari sluruh plosok dunia(arsenal, liverpool, dan len2 support chelsea sbb nk man utd kalah).. then 2009: skali lagi Man Utd dgn Barca... hangat jugak, sbb man utd masuk final lagi... tapi x de rezeki(mmg mngaku barca mng sbb diorg mmg handal)
kesimpulannye, nak divert balik... persoalannya: Knapelah ramai sgt anti Man Utd?
1. Match ini yang beri peluang untuk Tierry Henry menambah koleksi piala-Piala Liga Juara-Juara :)
2. Man U mmg boleh buat org well, nyampah sbb terlalu fanatik. :p jgn marah.
3. Tak suka nengok Ronaldo walau dia ada skill yg hebat (kalau nanti tukar ngan Ribery, mungkin akn pertimbangkn utk menyokong MU). Tapi sbb skrg ada Messi, baik tengok Messi.
4. Well, me, sokong orang, bukan pasukan.
5. Oh satu lagi, tak suka juga dengan Edwin Van De Sar, tahun bila tah tengok Arsenal lwn Fulham, asal nak gol je, Van De Sar tahan. Geram sampai sekarang. kuikuikui. Sory sikit emo.
6. Satu lagi tak suka juga tengok Rio Ferdinand.
7. Ada gak 2-3 org lagi tak suka gak tengok, cth: John Terry tp dia Chelsea. Tapi Chelsea boleh dimaafkan sbb ada Anelka.