Baru sedar semula
Satu ketika dahulu, semasa di asrama kami sering didenda. Denda yang paling kerap ialah dijemur. Waktu paling kerap kena jemur ialah tengahari. Bayangkan bahang dan dugaannya. Lebih-lebih lagi ketika selipar hilang dan perlu berkaki ayam di atas tar yang panas melecur. Tetapi biasanya tidak kira waktu, subuh, petang malah malam pun dijemur juga.
Ketika itu, kecoh-kecoh tentang cetakan ayat hilang dari Al Quran. Langit, kerap kali menulis dengan awan tentang tanda-tanda. Barangkali, sekarang kita tidak peduli lagi tentang tanda. Tiada hati bergoncang bila mendengar apa-apa. Malah tsunami yang menenggelamkan 250,000 orang di seluruh dunia sekalipun bukan apa-apa lagi bagi kita. Juga gegaran melampau yang belaku di Haiti. Nihil. Kebanyakkan kita sudah tidak ada rasa. Kita gantikan ia dengan justifikasi saintifik.
Tersasar cerita pula. Suatu hari kami di denda lain. Tidak dijemur lagi. Barangkali selalu sangat didenda dengan benda yang sama akan menjadikan kita lali. Lalu diganti dengan bacaan surah Al Kahfi selepas prep malam. Bayangkan, mata sudah begitu kuyu. Bantal sudah menjemput kantuk. Kami diminta untuk mengambil wuduk dan baca surah Al Kahfi serentak bersama-sama. Jika tidak sama, ulang semula dari ayat pertama. Jika ada yang didapati tidur, ulang lagi pada ayat yang pertama. Waktu itu, saya yakin, bacaan yang dibaca kami tidak mendapat kebaikkan kerana tidak dibaca dengan ikhlas.
Sekarang saya baru sedar semula. Masakan ayat Al Quran dibaca tidak mendapat manfaat. Biar dibaca kosong atau dibaca penuh disiplin dan tartil. Sedang mendengar Al Quran sahaja mendapat kebaikkan yang banyak apatah lagi membacanya.
Mungkin, denda itulah penyambung kepada perasaan dekat dengan surah Al Kahfi dewasa ini. Mungkin, siapa tahu?
Dan saya juga baru sedar semula (selepas kembali membaca buku-buku yang memberi manfaat), bahawa Surah Al Kahfi boleh menjadi pendinding kepada pengaruh Dajjal Al Masih.
Barangsiapa membaca surah Al Kahfi penuh pada hari Jumaat, dia akan dilindungi sehingga ke jumaat akan datang. Dan sesiapa yang menghafal 10 dari ayat pertama surah Al Kahfi, dia juga dilindungi dari bahaya yang sama.
(Nanti saya bawakan dalilnya ya, InsyaAllah).
Tapi kenapa ya, surah Al Kahfi diberi kaitan langsung dengan penyelamatan peristiwa akhir zaman?
Comments
namun dalam kisah ini,...saya lebih tertarik kepada kisah Al-Mahdi.. kerana sehingga sekarang kita sudah mempunyai ramai pengaku bahawa dia adalah 'Al-Mahdi'... dan saya selalu terbayang.. jika Muhammad bin Abdullah itu muncul.. dan dia-lah orangnya yang Allah pilih... dan ketika itu saya dan muslim yang lain MENOLAKnya.. dan lantas MEMILIH dajjal.. nauzubillah.. senang lah mereka yang hidup sekarang berkata "aku akan mengikut mahdi, dan akan menjadi pembelanya nanti..!!.."..mudahnya mereka berkata-kata...sedangkan ketika zaman itu siapa yang tahu... tiada siapa boleh selamatkan iman kita kecuali Allah, dengan izin-Nya, dengan kehendak-Nya, kita akan selamat..semoga Allah selamatkan kita semua...amen..~
saya ingatkan generasi baru tidak lagi diperingatkan tentang Dajjal, alhamdulillah, mendengar penjelasan Daud, saya lega.
Tetapi mungkin saya boleh bertanya pada generasi lebih baru dari Daud, mana tahu cerita tentang Dajjal telah terhakis terus daripada kamus ketika mereka membesar.
percayalah jika Al Mahdi muncul hari ini, media akan menghebahkan dia sebagai orang jahat, mungkin yang paling jahat. Lebih buruk, org Kristian akan menggelar dia sebagai anti Christ, orang Yahudi juga, malah mungkin orang Islam sendiri yang telah dibutakan mata hati akan melabel sosok ulung pembela kebenaran akhir zaman ini, sebagai Dajjal. Dan kita masa itu dimana?
mungkin awak ada pandangan lain.
bagi saya, ia tidak mustahil Al Mahdi dijadikan sebagai orang jahat. kerana media hari ini dikuasai oleh anti muslim. Pemegang saham terbesar dan yang kontrol media adalah orang2 Yahudi. Kita? Owh, jgn lupa, kita adalah pembeli berita dari pembekal-pembekal berita ini.
saya juga spt Daud, sering bertanya, pada masa itu kita disebelah pihak yang mana.
Ingat cerita Nabi Salleh? Ketika mereka membunuh unta Nabi Salleh, langit telah menunjukkan tanda selama TIGA hari sebelum diazab. TIGA hari! Masa yg cukup untuk bertaubat. Tetapi seperti mana cerita sejarah Nabi yang telah kita hadam, mereka tidak bertaubat pun.
jika awak bertanya sy, akhir zaman itu tidak lain dan tidak bukan adalah zaman kita ini (sila rujuk hadith2 tentang akhir zaman).
kita telah banyak menerima tanda-tanda. Mungkin Daud sendiri, yg belajar environment boleh ceritakan bagaimana drastiknya perubahan cuaca hari ini. Yang begitu kritikal, tdk pernah tercatat dlm mana-mana sejarah sebelum ini (sila rujuk silang dengan data-data meteorologi).
soalnya jika ada tanda, dan sekarang kita diberikan masa (tangguh), adakah kita akan jadi seperti umat Nabi Salleh?
ek, ini bukan resipi sup katak yang dibuat makan oleh orang2 yang makan katak itu ya.
cerita katak (dalam Wiki: Boiling Frog) cuma sabagai metafora. bagaimana katak tidak melompat keluar, meskipun air telah pun menggelegak. Akhirnya katak mati kerana tidak sedar persekitaran telah membahayakan ia.
kita, mungkin sama. mungkin kitalah katak itu. cuaca panas ekstrim macamana pun, cuma sebagai keluhan dibibir sahaja. Tetapi, percaya, 20 tahun akan datang sekalipun, kita masih tidak berbuat apa-apa.
BETUL. Tanda dan peringatan. Meski ia sebesar TSUNAMI ACHEH belaku di bawah tapak kaki kita, 2-3 tahun akan datang, kita akan katakan, 'owh, ia cuma pergerakkan bumi biasa. tiada yang luar biasa mengenainya'.
Umat Nabi Saleh? mungkin kita sedang mengulang sejarahnya. Siapa tahu?
saya setuju.. bahawa Al-Mahdi itu akan muncul dalam keadaan yang digambarkan jahat, sesat, dan penipu besar... seperti mana Muhammad (s.a.w) menerimanya dahulu... semoga Allah selamat kan iman kita semua...
dan jika cerita Nabi Salleh a.s. itu terjadi dizaman ini, saya juga khuatir, kita tak akan terfikir untuk bertaubat... kerana -- siapa yang tahu, bahawa itu adalah 'tanda'??..
tsunami, gempa bumi, jerebu, anak derhaka kepada ibu, ibu menjadi hamba anak-anak, perempuan menjadi lelaki, lelaki menjadi perempuan, -- tanda2 jelas ini pun orang tidak akan peduli juga.. mungkin mereka tunggu matahari terbit dari barat?...
benar kata cik, apakah generasi selepas saya tahu apa itu Dajjal?... saya tidak pasti.. kerana generasi saya juga, bukan semua yang tahu... kebanyakan dari generasi saya, bila di ajak berbual mengenai agama.. mereka senyap,,, mereka lebih suka mendengar... dari berkata-kata...itu bagi saya bukan lah takut bersuara.. tapi mereka hakikatnya tidak tahu apa-apa.. mereka tidak suka mencari,.. hanya mencari ustaz2 bertanyakan masalah agama yang sepatutnya mereka sudah pelajarinya dahulu.. ada sedikit penyakit, yang pada saya juga ada... malas untuk belajar... tambah2 lagi bab agama...
saya tidak lah punya apa-apa basic dalam arab atau bidang agama itu sendiri... tapi Allah sedarkan saya, untuk terus cari, terus baca, terus menilai.. menilai semula kenapa saya dipanggil muslim...
generasi saya kebanyakannya adalah penganut muslim yang agamanya hanyalah kerana 'keturunan'.. kerana ibu bapanya beragama islam,...lalu agama bagi mereka hanyalah ikut-ikutan...
tak tahulah generasi selepas saya.. berharap mereka tidak seperti generasi saya...
utk makluman, generasi kita sama shj. Situasi kita pun sama shj. Melainkn kalau berckp dgn ustaz dn ustazah. Jika dgn org lain, bila cuba mmbuka cerita ttg akhir zaman, dajjal, al masih, agama, dsb, mereka akn katakn kita sebagai paranoid, pencinta konspirasi, dsb. sbb, zaman ini, tlh jadi zaman engkau engkau, aku aku. apa yg kau nak buat sukahati engkau, apa yg aku buat, apa kau peduli.
ttg petanda dajjal: masih sama. waktu kecil, sy mmbayangkn tubuh dajjal yg besar, bermata satu, air laut setakat di buku lalinya shj, yg dikanannya syurga, dan dikirinya neraka. Sewaktu dajjal keluar, dia akn offer kita syurga, sedangkn bila kita masuk dlmnya ia adalah neraka. Jika kita menolak syurganya, kita akn segera dimasukkan ke dlm neraka. tapi sy tanya awak Daud, adakah awk berkeyakinan, yg Dajjal akn keluar dengan tubuh yg dibayangkan?
Seorang/ekor makhluk dgn tanda2 zahir bermata satu? dan mungkn awk juga pernah cross over information ttg iluminati/freemason/zionist yg menggunakan simbol mata satu dalam semua monumen yang mahu ditnda mereka. Cth: pada wang kertas 1 dollar US. mgkin awk ada hujahn lebih mantap, memndangkn awk rajin mencari ilmu disana sini.
ketakutan kita sama. jika ada tanda, adakah kita akan sedar mengenai. Sekurang2nya kita tahu, Allah sedang menghantar amaran, dengan itu shj kita dpt bersiap sedia. Tetapi, bila sy berhnti dan berfikir, ya, sy juga sndiri jadi takut sndiri.
keyakinan sy pada ayat2 Quran. Pada hadith2 Nabi. petunjuk ada, kita cuma perlu memberi ruang pada diri untuk kembali.
sy percaya satu, bhw manusia dihidupkn dibumi ini dgn pilihan. Kata org putih free will. Dgn itu baru adil jika seorang itu dibalas syurga. dan yg lain dibalas neraka. Kita sndiri memilih. Sudah tntu, utk mendpt syurga hargaNya mahal dan total atas kehendakNya atas keadilanNya.
Bila malam/pagi nanti bangun untuk menyaksikan aksi bola saringan kumpulan atau pusing kedua, kitalah yg memilih: untuk solat tahajjud sebelum menonton, atau menonton dan membiarkan sebiji bola mengkhayalkan kita hingga ke subuh.
kita yang memilih. dan saya tahu, Daud sedang memilih yg terbaek!
iya..saya juga datang dari golongan manusia yang banyak saya kritik sekarang ini.. yang dahulunya saya seperti mereka tidak pernah mahu langsung membuka mata bahawa ada berbagai lagi 'Islam' didalam dunia ini.. bukan sahaja ada mazhab Al-Imam Al-Syafie seperti yang kononnya di amalkan di Malaysia kini..
yup. cik benar.. Tak kira dari peringkat orang yang berilmu(IPT) hingga lah yang tidak menuntut, kebanyakan berpendapat bahawa agama aku adalah aku, dan agama ngko adalah ngko..seperti seseorang yang saya jumpa suatu ketika dahulu di forum, apabila ditanya padanya mengenai agama.. lalu beliau menjawab , "Lakum Dinukum Waliyadin"..
ttg size dajjal.. yang ada dalam kepala saya masih lagi sebagai seorang manusia.. yang buta matanya sebelah.. yang saya fikir istilah 'syurga neraka' itu adalah kesenangan yang akan Dajjal offer pada kita, yang mana kita akan pilih.. wallahualam... mungkin boleh dirujuk semula..
bentuk dajjal yang sebenar memang tak dapat diputuskan...dan kaitannya dengan konspirasi iluminati itu juga kadang-kadang saya pun jadi keliru...kerna ada masa saya melihat ianya tidak lebih dari rancangan golongan pemodal untuk menguasai ekonomi dunia... kadang2 pula ia kelihatan seperti untuk menguasai dunia dengan memporak-perandakan agama-agama didunia... dan juga kaitan mereka dengan yahudi...
ada perkara yang terjadi sekarang kononnya sudah di rangka suatu ketika dahulu dengan sangat teliti oleh mereka.. kadang2 saya juga terfikir bahawa ianya adalah kebetulan.. kadang2 pula saya fikir, ianya adalah kenyataan.. haha... ramai yang saya lihat membuat kajian tentang nya,.. tapi tiada pula tindakan susulan.. tak faham juga saya..
ttg tanda dan amaran Allah; seperti kata cik.. saya juga meletakkan keyakinan kepada apa yang saya percayai.. tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah..
cik, bila saya menulis disini, saya merasa sangat takut... takut cik menganggap saya seperti seorang yang alim agama.. namun saya adalah seperti yang lain.. cuma mungkin hati saya tidak berpuas hati..itu sebab saya sentiasa mencari...
bagi saya,tiada perkara yang kita buat tanpa sebab.. untuk apa kita solat?.. Allah yang suruh.., bagaimana kita solat?? seperti cara Rasul yang dilantik-Nya.. dari mana kita jumpa Rasul??, kita tak jumpa, namun para sahabat Rasul meriwayatkannya... dan adakah riwayat2 itu boleh dipercayai??.. keyakinan saya terhadap ilmu penulisan hadith membuatkan saya yakin dengan mereka.. dan jika ada juga yang menafikan.. terserah... tapi saya amat meyakininya...
memang kita mahu memilih yang terbaik.. namun Allah lebih tahu segala-galanya... saya masih belajar, adakalanya saya juga terkeluar dari petunjukNya, kerana saya orang muda, saya dikelilingi oleh seribu macam keseronokan yang terbentang untuk saya pilih.. Semoga Allah masukkan kita semua kedalam petunjukNya...
boleh jadi ilmu yang membuat kita ego, nauzubillah, masa itu ia tidak menjadi penolong malah liabiliti. yang diharapkan, ilmu menjadi penambah iman, amal, dan akhirnya moga sampai ke tingkatan taqwa. InsyaAllah.
kepelbagaian? ia perlu dirai, bukan ditakuti. sebab dunia itu dicipta seperti itu, pelbagai, penuh warna warni. Tugas kita mencari common ground seperti dicatat dalam Al Quran nan indah:
"O People, We have created you from a pair, and we have made you into peoples and tribes, that you may know one another".
Daud, yeah, keseronokkan itu satu temptation. Lebih buruk, ia telah di make up oleh iklan dan pengaruh rakan-rakan, menjadikan lebih cantik dari yang zahir. Meski apa-apa pun alasan, apa pun jalan yang kita lalui, ia DEFINITELY atas pilihan SENDIRI.
Daud you are insyaAllah on the right track.
By ALLAH! If I have had the same state of mind like you at your age, I must be somebody, I mean greater!
May ALlah guide you day in and out.
manusia hebat??.. untuk diri sendiri atau umat masyrakat??.. besarnya tanggungjawab itu...
kalau mengejar gelaran IR, Dr, Prof etc, itu adalah untuk diri sendiri.. apa yang orang lain dapat dari gelaran saya itu???
begitu juga menjadi pemimpin, ahli politik...menakutkan... kita harus adil.. betapa banyaknya soalan yang akan Allah tanya kepada pemimpin kelak...masyaALLAh..
atau menjadi pencipta teknologi kejuruteraan yang tersohor, penulis yang tersohor, segala macam yang tersohor... apa lah sumbangan pada umat masyarakat??..
bagaimana untuk jadi orang yang hebat??
apa yang harus saya jadi??,,...urm..:)
bersikap terhadap agama, bersikap terhadap ilmu, bersikap terhadap perubahan dunia, politik, semua, lebih-lebih lagi bersikap terhadap apa yang kamu akan jadi di hari PENGADILAN nanti.
orang hebat pada pandangan saya, ialah orang yang dapat menginspirasi orang lain. tidak kisahlah dalam apa bidang sekalipun.
namun orang paling hebat, ialah mereka yang dapat menginspirasi yang lain, untuk PERCAYA, bahawa tujuan hidup kita hanya satu, utk menyembah yang SA melalui jalanNya.
dengan itu ummah akan menemukan jalan penyatuan!
insyaAllah, jika awak mampu bersikap sekarang, dan bersikap dengan benar, the path to beoome a great man is wide open. How to do that? Just make the first move (in your case, you already have done that).
terima kasih sekali lagi.