Pelajaran Rezeki 1
Semalam taip-taip sebab rasa macam dah lama tak menulis, sekali terpanjang pula untuk entri kali ini. Kena pecah-pecahkan la pulak ye, nanti pening berpinor pulak membacanya yob.
*****
Saya pernah berbual panjang dengan seseorang yang menyesali rezekinya. Telah dua kali dia mencuba menghantar borang untuk kenaikkan pangkat. Setiap kali mencuba, syarat berubah. Menyebabkan dia perlu menunggu lagi, sehingga semua syarat telah dipenuhi. Satu ayat yang telah dikeluarkan bergaung dalam kepala sampai sekarang, “aku rasa seperti rezeki aku disekat.”
Ketika dia menyebut itu, saya
terdiam. Tiada kata yang boleh saya sampaikan kerana di waktu itu ternyata dia
sedang berburuk sangka dengan Tuhan. Bilik yang dingin saya rasakan begitu
hangat.
Melihat perubahan wajah saya yang
begitu ketara mungkin, dia akhirnya meredakan keadaan, “aku tahu tak baik aku
fikir macam ni, tetapi entahlah kadang-kadang fikiran macam tu memang datang.”
Saya masih tidak respon.
Memandangkan saya tahu dia boleh mendapatkan bayaran 4 angka bila dipanggil
membuat konsultansi. Saya sendiri belum pernah mendapat peluang seperti itu.
Dia menyambung, “tapi bila fikir panjang yang aku dapat job consultancy, tak apalah.
Sepatutnya aku lebih bersyukurkan?” kata-kata yang saya tidak tahu hendak
meredakan hati saya atau dia. Tetapi aura tidak puas hati itu masih tidak
lepas, masih berlegar-legar di bilik kecil yang cantik itu.
Itu yang masih saya simpan dan
bergaung dalam cepu fikiran. Kalau perlu kisah itu berulang, sampai sekarang
pun belum tentu saya tahu mahu respon apa.
Saya selalu ingat ada satu pesan
yang diulang-ulang dalam buku motivasi, “Tuhan seperti mana yang kamu
sangkakan.”
Saya tinggalkan dulu kawan di atas,
saya mahu refleks kepada pelajaran rezeki lain yang saya alami. Ramai juga orang
bertanya, kenapa saya mengambil pendekatan berbeza sekarang. Berkongsi di mana
ada kesempatan dan ruang. Sudahkah saya ceritakan, yang saya hanya mahu menjadi
orang yang bersyukur?
Tidak ada sebab untuk tidak
bersyukur, saya selalu di kelilingi orang hebat. Lebih dari itu saya menghargai
kerana mereka adalah orang-orang hebat yang menjunjung nilai universal. Meski
apa pun yang berlaku pada diri mereka, dihinakan, dikhianati, disudut dan
dipencil, ditikam belakang, dibenci, namun peribadi mereka tidak goyah. Nilai
yang dipakai tidak akan ditawar-tawar. Selalu berjujur dan merendahkan diri,
seperti contoh yang ditunjukkan oleh Muhammad sebelum keRasulan baginda,
menjadi seorang Al Amin.
Mereka, yang mengelilingi saya,
adalah orang-orang terpercaya.
*****
Pelajaran Rezeki 1
Pelajaran Rezeki 1
Beliau tidak syak lagi antara
orang yang paling saya hormati. Seorang Profesor dengan segala macam gelar dan
sanjungan akademik (Dr.), professional (Ir., Sr.,) dan spiritual (Hj.) (tetapi
hairan, beliau masih belum diiktiraf sebagai negarawan untuk digelar Datuk).
Selalu tunduk dan tidak pernah lelah berkongsi. Pesan khas beliau jika
dipanggil untuk menyampaikan syarahan adalah tentang slip gaji.
“Saya akan mencetak slip gaji dan
diletakkan di atas meja.”
Kami semua senyum. Tentu ramai
orang berfikir macam-macam, tentang berapa jumlah, mengapa perlu ditayangkan
slip gaji, adakah beliau berbangga dengan apa yang diperoleh dan lain-lain
lagi.
Prof menyentakkan fikiran sedar
saya, “setiap hari masuk bekerja, saya akan bertanya, apakah apa yang saya
lakukan melayakkan saya mendapat bayaran ini?”
Audien diam. Tidak ramai
mempunyai pemikiran seperti beliau, termasuk saya.
“Pernah tidak bayaran gaji kita
dilewatkan? Tidak pernahkan. Pernah tidak bila tiba waktunya, kita tekan ATM
bank, gaji kita tidak masuk? Tidak pernah berlaku kan? Setiap bulan majikan
menjalankan tugas mereka, mengapa kita sering mengeluh mengenai tugas kita?”
Selanjutnya Prof memberi pesan,
“setiap tahun pun gaji kita akan dinaikkan. Tidak pernah pun tidak berganjak.
Kalau kita diberi peningkatan gaji, kenapa kita tidak pernah mempersoal yang
kerja kita tidak pernah berubah dan ditingkatkan? Kita selesa mengulang kerja
yang sama, hampir statik jika dinilai dari tahun sebelum-sebelum. Adakah adil
begitu, gaji naik tetapi kerja tidak bertambah produktif?”
Sudah 2-3 tahun lepas beliau berpesan
begitu, saya masih lagi ingat. Saya pasti beliau tidak pernah memperlahankan
kakinya, kerana beliau tidak pernah gagal mendapat geran penyelidikan yang
dihimpunkan bernilai jutaan ringgit.
Beliau adalah genius terhebat
yang pernah saya jumpai, dan untuk beliau dikurniakan gelar berjela seperti
itu, saya tidak pernah sekali pun ragu.
(setelah diedit-edit, jadi 4 entri pasal Rejeki ni, haish. Idok le sedor bila menaip jadi panjang yob).
(setelah diedit-edit, jadi 4 entri pasal Rejeki ni, haish. Idok le sedor bila menaip jadi panjang yob).
Comments
balenciaga sneakers
supreme outlet
goyard tote
nike hyperdunk
nike off white
cheap jordans
balenciaga shoes
kd 11
adidas nmd