Aktiviti Murah yang Bermanfaat
Saya membaca entri di Al Miskeenah dan mendapati mereka menggunakan kaedah menarik untuk membuat kanak-kanak belajar dan berseronok. Saya malah teruja dan mencuba dengan anak-anak. Mujur semua yang diperlukan ada di rumah, termasuk warna pensil.
Percubaan ini adalah untuk mencipta role play tapi guna watak yang dilukis masing-masing. Syarat pertama ialah untuk menceritakan kembali kisah dari kisah Nabi-nabi. Jadi kami berbincang apa berlaku untuk kisah tersebut dan memberikan kertas untuk masing-masing melukis. Watak apa yang mereka mahu lukis, terpulang. Pandai juga mereka lukis ni kan?
Tiga gambar di atas adalah hasilnya. Minta maaf kami bukanlah pelukis profesional tapi beginilah jadinya bila dah disusun pada latar. Cuba teka, cerita apa yang anak-anak ini cuba berkongsi?
Untuk berseronok dan belajar sebenarnya tidak susah. Cuma perlu ada sedikit kreativiti dan kelapangan waktu. Kreatif mana pun kita, jika kita tidak melapangkan masa tidak jadi juga. Zaman sekarang ini yang mahalnya waktu.
Saya seronok dan harap anak-anak ini juga seronok. Cumanya tidak sangka, untuk melukis beberapa watak, menggunting, menyusunnya, terasa letih juga. Tetapi bila tahu mereka ingat tentang kisah Nabi, rasa seronok. Cerita memang boleh meninggalkan kesan yang lama dalam ingatan, harapnya aktiviti ini akan dapat menyebabkan mereka terus ingat.
Retention time kanak-kanak tidak lama, jadi perlu ada insentif kalau mahu mereka fokus. Kalau adakan pertandingan pun lagi menarik.
Sekali-sekala menjadi kanak-kanak, menarik juga.
Comments