Celah Masa

Selama beralasan sibuk, padahal hakikatnya lapang, saya tidak pernah berhasil menulis apa-apa. Baik di dalam blog mahupun penulisan akademik.

Akhirnya saya berdamai dengan situasi. Sibuk dalam kerja saya bukan pilihan. Ia selalu begitu. Saya berdamai dengan bersyukur atas kesibukan yang ada. Berdamai dengan mengatakan apa yang saya lakukan adalah jalan yang Allah buka untuk membolehkan kami membantu orang lain. Untuk menambah ilmu dan pengalaman. Untuk berkongsi apa yang boleh dimanfaat. 

Berdamai dengan sedar bahawa keadaan ini menunjukkan saya berfungsi. Walau di tekan ke tahap maksima. Sekurang-kurangnya masa terisi dari tersia.

Aneh. Dengan begini sahaja, setiap hari saya boleh bertemu awak di sini.

Di celah masa, Allah selalu boleh memanjangkannya, andai sahaja kita ikhlas dan berusaha.

Comments

Cikli said…
mendapatkan ipad adalah cara mencelah masa
ASaL said…
yup, ipad cuma boleh dicelahkan sekiranya line ok dan pantas.
Kalau tidak berasap juga.

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang