Mimpi



Saya mencatat mimpi-mimpi ketika bangun dari tidur jika masih teringat. Ramai orang akan berpesan, "itu hanya mainan tidur."

Mainan? Sukar untuk saya percaya bahawa setiap yang berlaku hanya sekadar mainan, saja-saja. Meski yang wujud dalam mimpi.

Ketika tidur, bukankah kita tidak berfungsi. Semua organ termasuk tubuh, minda dan hati dihentikan. Kalau pun bergerak, kita sama sekali tidak menyedarinya.

Dari mana datangnya mimpi? Saya percaya ia datang dari tempat tinggi (i.e: mimpi yang baik) guna untuk memberi pesan dan panduan. Juga nyaman pada setiap harapan yang belum tertunai, tetapi dijelmakan dalam mimpi.

Mimpi yang paling baik adalah mimpi bertemu Allah, kemudian Rasulullah, kemudian ibu bapa yang muslim. Itu yang saya baca dari buku.

2010 saya bermimpi saya bersolat Jumaat di Masjidil Haraam dalam jumlah jemaah yang ramai sehingga perlu berhimpit-himpit. Malah berselisih bahu dengan begitu rapat. 2011 saya diberi kesempatan untuk bersolat Jumaat betul-betul dalam Masjidil Haram di musim Haji 1432H yang lalu.

Ketika saya bermimpi saya tidak tahu maknanya kerana tidak pernah merancang pun pergi haji dalam masa terdekat. Meski sudah masuk 2011 pun masih belum sungguh-sungguh bertekad untuk pergi. Namun ia menjadi realiti.

Mimpi adalah sunnah Nabi-nabi. Nabi Yusuf bermimpi. Malah kepakaran Nabi Yusuf ialah mentafsir mimpi-mimpi. Nabi Muhammad bermimpi. Malah ibu Nabi Musa bermimpi supaya menghanyutkan Nabi Musa ke sungai. Tetapi masih lagi cerdik pandai sarjana mengatakan, "apa ada dengan mimpi? Ia sama sekali tidak boleh dibuktikan."

Apa pun saya percaya mimpi. Moga malam nanti kita dianugerahkan mimpi yang baik, yang paling baik.

Comments

ieka said…
mungkin mimpi pergi masjidil haram, mekah atau seumpamanya memang membawa maksud kita sampai di situ kot?

saya pernah bermimpi berdiri seorang diri tanpa keluarga memakai telekung di atas sebuah bukit berdekatan sebuah pelabuhan. ada suara berkata di situlah tempat org berlabuh utk dtg ke Mekah dulu.. Setahun lebih selepas itu saya pergi ke sana sewaktu masih bergelar pelajar, tak punya duit dan tidak bersama keluarga, sebaliknya bersama rakan2 seperjuangan. Pelik, tapi benar..

Beberapa tahun kemudian saya bermimpi tidur di Masjidil Haram bersama suami saya sehingga masuk waktu subuh bersama jemaah yang sgt ramai. Sedangkan saya tidak ada sesiapa utk berkahwin waktu itu. 4-5 tahun kemudian saya pergi ke sana bersama suami saya.

Sekarang berharap bermimpi sekali lagi... untuk perjalanan yang besar pula :)
ASaL said…
Ya mungkin. Mendengar cerita Ieka, kita boleh buat kesimpulan baru.

Saya suka mendengar cerita mengenai mimipi. Kalau kawan-kawan bercerita saya akan bersedia mendengar.

Mimpi tentang Mekah, saya anggap anugerah. Tidak pernah terlintas akan dijemput. Bukan setakat sampai di Mekah, apa-apa sahaja tentang Mekah, insyaAllah menjadi realiti.

Saya pernah mimpi mencium (menghidu?) wangian yang datang dari seseorang. Dalam mimipi saya memuji, "Wanginya." Dalam mimpi rakan saya menjawab, "Ini wangian dari Mekah." Bangun dari tidur, saya masih dapat menghidu wangian yang masih tersisa dari mimpi.

Selepas dari Haji, saya menghadiahkan dia beberapa hadiah termasuk minyak wangi tanpa berfikir apa pun tentang mimpi.

Sekarang saya dapat menghidu wangian Mekah hari-hari (selagi minyak wangi tak habis :)

Aneh? Beberapa minggu yang lalu, baru saya teringat tentang hal ini.

Mimpi. Ada apa dengan mimpi? Kena ada entri keduakah?
ieka said…
hahha tulis tulis..jangan tak tulis..
zYz aka aSeNg said…
sy juga pernah bermimpi berkaitan mekah.sy bermimpi sujud di lantai Masjidil Haram.begitu sejuk terasa lantai tersebut dan putih bersih...dalam mimpi tersebut juga saya terasa kaki berjalan2 memijak lantai yg nyaman tersebut..Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu menjadi tetamu Allah utk menyerjakan umrah.Alhamdulillah...
ASaL said…
Alhamdulillah. Mimpi tentang Mekah, tidak syak inshaAllah akan bawa kita ke sana.

Satu benda lagi ialah, bila kita teringat seseorang/orang bila berada di sana, seolah-olah menjemput pula mereka untuk berada di sana.

Sesuatu yang magical? Atau itu memang aturan dunia, sesuatu yang mampu kita mimpikan bermakna ianya sangat dekat untuk kita jelmakan menjadi reality.
Unknown said…
Saya beberapa kali mimpi ke mekah dan ternyata saya sampai di sana akhirnya. Semalam saya mimpi lagi ke mekah. Ya allah
Anonymous said…
Subuh tdi..sy mimpi solat di mekah..ttanya2 jgak apa maksud mimpi tu..

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang

17 Ramadan 1435 Hijrah