Soal Hati



Di Madinah, saya diajarkan kembali sebuah doa dengan makna, "Wahai Tuhan yang membolak balik hati, perteguhkan hati kami atas agama dan ketaatan padaMu." Kata mutawif muda, ini doa yang diamalkan ulama-ulama yang tidak disangkal amal dan ibadah mereka. Mereka yang begitu teguh iman juga berdoa.

Sepanjang perjalanan melawat bandar Nabi saya bertanya, "kenapa kita perlu ada doa khas untuk hati, tetapi bukan untuk otak dan anggota lain pada badan?"

Soal ini dijawab rakan pandai ekonomi dengan panjang lebar. Kata dia, "hati adalah satu organ paling aneh dalam tubuh badan manusia. Bila ahli sains perubatan mengkaji, semua anggota dan organ badan akan di saling hubung dengan saraf sehingga bersambung ke otak. Tapi hati lain, ia tidak punya sambungan ke otak."

Saya menjengilkan mata tidak percaya. "Jadi siapa yang kontrol hati?"

"Ya tiada jawapan lain, melainkan Pemiliknya."

Saya ada masalah hati. Bukan, bukan masalah kesihatan. Masalahnya hati saya tidak sejalan dengan apa yang saya fikirkan. Ada banyak kejadian yang dapat saya kesani. Banyak konflik yang berlaku dalam tubuh badan sendiri. Apa yang logik diterima akal fikiran saya selalu disangkal hati. Bila saya kata mustahil, hati tidak pernah peduli. Dia akan perbuat apa yang dia mahu buat. Meski yang aneh-aneh.  

Lama sudah saya berfikir. Komik di atas membuat saya sedar. Bahawa hati aneh bukan kerana ia aneh, kerana ia sudah ada pemilik. Doa itu juga perlu diulang setiap hari, moga diperteguhkan dengan ketundukan.

Comments

Cikli said…
kena ubati dulu dengan 5 perkara sebagaimana lagu tombo ati.

bestnya ke bandar Nabi
ASaL said…
Kena makan ubat 5 benda sehari.

1. Baca Quran faham maknanya
2. Solat malam
3. Berkumpul dengan orang soleh
4. Perbanyakkan berpuasa
5. Zikir malam panjangkan

Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Popular posts from this blog

さくら満開

Bulan Mengambang